Innalilahi Wa Innailaihi Rojiun.. Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia. Jenazah dikebumikan selepas asar petang ini 😭 Al Fatihah..

Innalilahi Wa Innailaihi Rojiun...Khabar Duka Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia. Jenazah dikebumikan selepas asar petang ini 😭 Al Fatihah..

Pelawak popular Abam meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin. -Foto Twitter

PELAWAK popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi tadi, dipercayai akibat demam panas.

Berita pemergian Allahyarham Abam disahkan rakan seperjuangan, Achey yang menjadi antara sahabat terawal dimaklumkan mengenainya.

“Saya diberitahu adik Abam, Ali Puteh bahawa arwah meninggal dalam tidur selepas waktu subuh tadi. Arwah meninggal dalam keadaan sangat baik.

“Saya dimaklumkan selepas subuh, arwah bangun sebelum membuat keputusan untuk tidur seketika.

“Namun tak sangka, tidurnya itu untuk selama lamanya,” katanya yang bergegas ke rumah arwah selepas mendapat berita itu.


Achey berkata, arwah yang menganggotai kumpulan Bocey, dijangka dikebumikan selepas waktu Asar di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

“Difahamkan, keluarga arwah mahu menunggu adik yang berada di Pulau Langkawi untuk pulang sebelum dikebumikan, petang nanti.


“Saya lihat isteri arwah reda dengan pemergiannya,” katanya.

Abam mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia sembilan bulan.


Alfatihah..