Khabar Duka 10 Mangsa termasuk sembilan beranak maut terbabit dalam kemalangan
PETALING JAYA: Malang menimpa apabila seorang ibu serta lapan anaknya maut dalam kemalangan melibatkan sebuah treler dan tiga kereta di kawasan rehat USJ, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini tengah malam tadi.
Kesemua mangsa dipercayai menaiki kereta Proton Wira yang dipercayai terperosok dalam sebuah treler.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.03 tengah malam dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan dua Proton Wira, Perodua Axia dan treler.
“Anggota bertugas bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan alatan khas dan dibantu kren untuk mengangkat lori treler. Mangsa berjaya dikeluarkan serta diserahkan kepada pihak polis.
“Kira-kira 17 individu mangsa terlibat. Seorang wanita, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan yang menaiki sebuah kereta meninggal dunia dalam kejadian itu. Turut maut seorang lelaki dewasa dalam sebuah kereta lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam- UTUSAN ONLINE
SHAH ALAM – Sembilan beranak yang maut dalam kemalangan di kawasan Rehat dan Rawat USJ, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam di sini malam tadi baru selesai menghadiri kenduri keluarga di Melaka.
Lebih memilukan, ketika kejadian kereta jenis Proton Wira dinaiki keluarga itu berhenti di tepi jalan kerana mengalami kerosakan sebelum dipercayai dilanggar sebuah treler.
Nurul Atika menunjukkan pesanan mesej terakhir arwah kakaknya sebelum tragedi itu.
Mangsa yang terkorban adalah Norul Naziah Buyong, 37, dan empat anaknya iaitu Razarul Amin Abd. Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah Abd Razak, 12; dan Muhamad Aizat Syazwan, 10.
Empat lagi anak suri rumah itu yang turut maut ialah Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.
Adik Norul Naziah, Nurul Atika, 33, berkata, kesemua mangsa termasuk abang iparnya, Abd. Razak Majid, 50, berhenti di lokasi kejadian kerana kereta rosak selepas pulang daripada kenduri di Melaka pada pukul 10.09 malam.
“Saya ada menghubungi kakak dan dia memaklumkan mengenai perkara itu. Saya difahamkan ketika kejadian kakak dan lapan anaknya menunggu dalam kereta,” katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Shah Alam, di sini hari ini.
Nahas turut mengorbankan seorang mekanik, Mohamad Rahimi Rolex, 27, yang dipercayai mahu membantu membaiki kereta keluarga tersebut.
Otai Johor