Lelaki Rohingya terbabit samun bersenjata ditahan polis malam tadi 😱
Bayan Lepas: Lelaki etnik Rohingya yang dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata sebuah rumah pada Sabtu lalu, ditahan polis.
Penahanan dilakukan sepasukan polis Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, menerusi pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki tiga lelaki di lampu isyarat berhampiran Jalan Dato' Ismail Hashim di sini, pada jam 4.30 petang, semalam.
Suspek bagaimanapun bertindak melarikan diri dengan mengundur kenderaan berkenaan sebelum melanggar motosikal yang ditunggang anggota D9.
Suspek kemudian bertindak memandu kereta berkenaan sejauh empat kilometer dari lokasi serbuan sebelum berjaya diberkas berhampiran Setia SPICE Arena, di sini.
Lelaki berusia 25 tahun itu diberkas di lokasi terbabit, manakala dua lagi rakannya juga dipercayai Rohingya masih dikesan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal mengesahkan kejadian dan tangkapan berkenaan.- Harian Metro