PETALING JAYA : Seorang pesara tentera menin.ggal dunia ketika sedang menunaikan solat isyak berjemaah di Masjid An Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh semalam.
Man.gsa, Yusri Taib, 51, bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) reb.ah ketika sedang solat pada rakaat pertama sebelum disahkan menin.ggal dunia di masjid itu.
Difahamkan, arw.ah yang sebelum ini bekerja menjual sarung kusyen di sebuah pasar pagi sekitar kawasan berkenaan menin.ggal dunia aki.bat da.rah tinggi.
Menerusi perkongsian seorang pendakwah, Pahrol Mohammad Juoi di laman Faceb00knya memaklumkan, semasa imam membaca surah pada rakaat pertama tiba-tiba kedengaran seorang re.bah di belakangnya.
“Selesai solat, keadaan menjadi gem.par apabila ada jemaah yang bertanya, ada sesiapa doktor di sini?. Beberapa orang menerpa ke tempat keja.dian dan terus memberi pertolongan ce.mas.
“Saya dan beberapa jemaah di saf pertama terus berada di tempat masing-masing sambil mendoakan kebaikan buat jemaah tersebut dan terus melapangkan ruang bagi proses pengudaraan yang baik,”tulisnya di Faceb00knya.
Menurut Pahrol, man.gsa tidak sedarkan diri, tangan dan tubuhnya l0nglai sekali, ketika doktor menekan da.danya berkali-kali untuk membantu pr0ses bernafas, ma.ngsa terus lem.ah.
“Setelah tubuhnya yang tidak berdaya diusung ke belakang, doa tahlil serta solat tarawih diteruskan.
“Selasai solat tarawih diikuti solat witir, pengumuman dibuat yang mengatakan ahli jemaah telah pun menin.ggal dunia,” ujarnya.