Tragedi Tragis simpang Taman Tanjak penunggang motosikal maut terbabit pertembungan dengan lori

Tragedi tragis simpang Taman Tanjak penunggang motosikal maut terbabit pertembungan dengan lori . Salam takziahhh 😭
setelah terbabit pertembungan kemalangan melibatkan tiga kenderaan di simpang tiga Taman Tanjak, di sini kira kira 8.30 malam tadi.kemudiannya terkena sisi kanan lori dipandu lelaki berusia 44 tahun.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Abdul Rahim Mukminin Norazizan, 22, yang datang dari arah Rasa dipercayai gagal mengelak kereta Proton Persona yang berhenti di persimpangan tersebut.

Mangsa beralamat di Jalan Kolam Air KKB yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 bersendirian kemudiannya terkena sisi kanan sebuah lagi lori jenis Hino.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, 𝗦𝘂𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗲𝗻𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗳𝗳𝗶𝗮𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 berkata, akibat pertembungan tiga kenderaan tersebut menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu Persona berusia 45 tahun dalam perjalanan dari arah Pekan Kuala Kubu Bharu menghala Taman Tanjak berhenti di persimpangan dan dilanggar penunggang motosikal dari arah bertentangan.

"Jasad penunggang motosikal tersebut kemudiannya terkena sisi kanan lori dipandu lelaki berusia 44 tahun.

"Akibatnya, penunggang motosikal telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ...