KEMATIAN dicemburui ramai. Itu yang mungkin boleh diperkatakan mengenai pemergian pengurus kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika sujud solat sunat Dhuha di kediamannya dekat Segambut, Kuala Lumpur, hari ini.
BH Online melaporkan Shukri Sulaiman, 51, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakannya kira-kira jam 10 pagi.
Difahamkan, arwah yang aktif dengan kerja kebajikan, mendapat cuti sakit selepas mengalami demam sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata polis menerima laporan daripada rakan mangsa yang ke rumahnya untuk menghantar makanan.
“Rakannya mengatakan selepas beberapa kali panggilannya tidak dijawab, dia meminta bantuan jiran.
“Apabila masuk ke dalam rumah dapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dalam bilik dengan keadaan bersujud dan memakai jubah putih,” katanya seperti dilaporkan BH Online-Malaysiapost
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan daripada rakan mangsa yang ke rumahnya untuk menghantar makanan.
“Rakannya mengatakan selepas beberapa kali panggilannya tidak dijawab, dia meminta bantuan jiran untuk masuk ke dalam rumah Shukri.
“Apabila masuk ke dalam rumah didapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dalam biliknya dalam keadaan bersujud dan memakai jubah putih,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beh berkata, jenazah Shukri kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan proses bedah siasat akan dijalankan esok.