Innalilahi..Pelawak dan Pelakon Tersohor Legenda Hamid Gurkha Meninggal Dunia Usia 90 Tahun. Al Fatihah
KUALA LUMPUR: Pelakon komedi Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain, pada jam 2.19 petang ini.
Arwah dimasukkan ke hospital enam hari lalu, namun keluarganya menafikan arwah dalam keadaan tenat sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sebelum ini, Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman dilaporkan hanya mampu terlantar atas katil selepas dijangkiti COVID-19 pada Februari lalu.
Bintang yang dikenali menerusi komedi, Panglima Badol yang diterbitkan pada 1978, dilaporkan tidak pernah menghidap penyakit kronik, sebaliknya hanya masalah pendengaran disebabkan keadaannya yang semakin uzur pada usia menginjak 90 tahun.
Beliau juga pernah membintangi filem Gila-gila, Sikit Punya Gila, Ragam Pemandu dan Zombie Kampung Pisang.
Hamid mendirikan rumah tangga pdengan Timah Abdul Hamid, 80 pada April 1957 dan dikurniakan lapan cahaya mata. Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.
Dalam perkembangan terbaharu, jenazah seniman itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Raja, Klang selepas solat Isyak.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) memaklumkan, jenazah Allahyarham Hamid kini berada di Masjid Sungai Jati Kampung Jawa bagi membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir.
Nor Ashita berkata, doktor mengesahkan arwah bapa mempunyai penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.
"Kami reda atas pemergian arwah.
"Allah lebih menyayangi arwah selepas enam hari dimasukkan ke hospital," katanya kepada BH Online.
Katanya, jenazah arwah masih berada di hospital untuk melalui beberapa prosedur.
"Saya dan adik-beradik tak dapat menjangkakan bila pengebumian akan dilaksanakan.
"Mungkin hari ini atau esok, tetapi kami berharap urusan pengebumian dapat dipercepatkan," katanya.
Khamis lalu, Nor Ashita menafikan arwah dalam keadaan tenat hingga terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Bagaimanapun, Nor Ashita memaklumkan, arwah bapanya dalam keadaan stabil dan terkawal selepas dirawat di hospital akibat selepas mengalami batuk teruk.
Terdahulu, BH melaporkan pada Aidilfitri lalu, keadaan Hamid hanya terlantar atas katil selepas diuji jangkitan COVID-19 pada Februari lalu.
Namun, bintang yang mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 tidak mengalami penyakit kronik, sebaliknya hanya masalah pendengaran disebabkan kian uzur pada usia menginjak 90 tahun.
Hamid dan Timah Abdul Hamid, 80, mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.