Khabar Duka, Abang kepada Penyanyi Lagenda `Zamani Slam` Meninggal Dunia Malam Tadi. Al Fatihah

Khabar Duka, Abang kepada Penyanyi Lagenda `Zamani Slam` Meninggal Dunia Malam Tadi. Al Fatihah 


Post By Admin

Kuala Lumpur : Abang kepada penyanyi Zamani Slam iaitu Zulfazli Ibrahim meninggal dunia pada  jam 11.30 malam tadi. 


Perkara ini disahkan oleh kenalan Zamani iaitu Mazrie dan juga Ahmad Naqiuddin. 


Malah berita sedih ini turut dikongsi oleh penyanyi terbabit menerusi media sosialnya. 


"Assalamualaikum... Dukacita saya dan keluarga ingin memaklumkan bahawa abang saya, Zulfazli Ibrahim telah menghembuskan nafas terakhir baru sebentar tadi. Mohon dapat sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan doakan urusan arwah dipermudahkan," tulisnya. 


Ahmad Naqiuddin atau Naqee ketika dihubungi berkata, sebaik mendapat berita itu dia segera menghubungi Zamani. 


"Ketika itu mereka (Zamani dan isterinya Nur Juliana) dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh kerana jenazah berada di sana. 


"Zamani bagaimanapun tidak benarkan saya ke sana buat masa ini. Dia janji akan bagi info lengkap pada pagi nanti. 


"Saya sendiri pun terkejut dengan berita ini," katanya kepada M Star Semasa.

Difahamkan Zulfazli ada melawat Zamani sebelum adiknya menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit scoliosis di Sunway Medical Centre Velocity, Cheras pada 7 November lalu. 


Terdahulu Zamani kehilangan kakaknya Zuraidah Ibrahim pada 26 September akibat komplikasi buah pinggang. 


Jenazah Zuraidah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat, Kuala Lumpur.

‎إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ 

Al-Fatihah...

Salam Takziah

‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ 

‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ

‎آمِّيْن... 

Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.


Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin...


‎اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...🤲🤲🤲🤲