Innalilahi, Khabar Duka dari Anwar Ibrahim Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh)

Innalilahi, Khabar Duka dari Anwar Ibrahim Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh)


Post By Admin, 22 March 2023

KUALA LUMPUR: Adik kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Rusli meninggal dunia pada usia 74 tahun di Hospital Selayang, hari ini.

Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang itu memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman Twitter hari ini.

"Adik saya, Rusli Ibrahim baru saja menyahut panggilan Ilahi di Hospital Selayang sebentar tadi. Mohon teman mendoakan rohnya diberikan tempat terbaik oleh Yang Maha Esa," katanya.

Difahamkan, Allahyarham Rusli meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira jam 2.20 petang tadi selepas berada di Hospital Selayang sejak beberapa minggu lalu.


Adik kepada Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke rahmatullah pada jam 2.21 petang tadi.

Menurut anak Allahyarham, Ilyana Rusli, arwah ayahnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang.

"Buat semua yang mengenali ayah saya mohon sedekahkan Al Fatihah buat ayahanda tercinta Rusli Ibrahim yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.

"Jenazah masih di Hospital Selayang. Di jangka akan dibawa ke Masjid Al Ubudiah Taman Tasik Ampang selepas Asar untuk dimandi dan disembahyangkan," kata beliau di Facebooknya.

Tambah Ilyana, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Tasik Tambahan Ampang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Ukay Perdana.

Sementara itu Anwar memohon penyokong perjuangan keadilan mendoakan roh Allahyarham Rusli ditempatkan dalam kalangan para solihin.

"Adik saya Rusli Ibrahim baru sahaja menyahut panggilan ilahi di Hospital Selayang sebentar tadi.

"Mohon teman-teman mendoakan ruhnya diberikan tempat terbaik oleh Yang Maha Esa," katanya.

Manakala Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pula dalam ucapan takziahnya mendoakan agar roh Allahyarham Rusli dicucuri rahmat.

"Adinda Rusli Ibrahim telah menghembuskan nafas terakhir. Pejuang sejati dikala susah.

"Moga Allah mengampuni roh Rusli dan tempatkannya bersama para solihin," katanya.

Allahyarham Rusli merupakan jurucakap keluarga Anwar ketika era awal kebangkitan Reformasi pada 1998 - 2000. Beliau juga merupakan antara penggerak utama perjuangan Reformasi sejak hari pertama diisytiharkan sehingga ke penghujung hayatnya.

Jenazah dibawa ke Masjid Al-Ubudiah sebelum dikebumikan di tanah perkuburan sekitar Ampang, malam ini. – BERNAMA NEWS