Khabar Duka, Bekas Pemain Bass XPDC `Yahya Rasyid` Meninggal Dunia Malam Tadi. Alfatihah
Metro Malaysia
Mac 20, 2023 12:00 MYT

Man Tobey atau nama sebenarnya Yahya Rashid terbabit dalam kemalangan jalan raya dan dimasukkan ke ICU Hospital Selayang. - Foto Metro Malaysia
SHAH ALAM: Bekas pemain bass pertama kumpulan XPDC (Tragedy) serta Meditasi dan Garuda, Man Tobey, 58, menghembuskan nafas terakhir tengah malam tadi.
Allahyarham meninggal dunia pada jam 12.04 tengah malam di Hospital Selayang selepas tiga hari dimasukkan ke hospital.
Difahamkan, jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Garing, Rawang.
Allahyarham meninggalkan balu, Zamidah Ishak, 62, dan dua anak, Nurul Fatin Athirah, 25, dan Nur Anis Sofea, 23.
Man Tobey atau nama sebenarnya Yahya Rashid terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 30 Mei tahun lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.
Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Bukit Templer-Rawang sekitar jam 10 pagi itu, Man Tobey sedang menunggang motosikal dari arah Selayang untuk pulang ke rumahnya di Rawang.
Difahamkan Man Tobey juga menjalani pembedahan kedua iaitu menebuk leher untuk memasang alat pernafasan dan tidak mampu bercakap lagi selepas itu. - Metro Malaysia
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Al-Fatihah...
Salam Takziah
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ
آمِّيْن...
Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.
Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin...
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...🤲🤲🤲🤲