Khabar Duka, Pelakon Drama Pendekar Veteran Latiff Borgiba Meninggal Dunia. Al Fatihah

Khabar Duka, Pelakon Drama Pendekar Veteran Latiff Borgiba Meninggal Dunia. Al Fatihah 

Post By Admin

Pelakon veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenar Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah meninggal dunia akibat sakit tua sebentar tadi di kediamannya di sini.

Ia disahkan oleh anak Allahyarham, Ab Uzza Ab Latiff yang merupakan jurukamera di Astro AWANI sejurus selepas beliau mendapat panggilan dari bondanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun.
Menurut Ab Uzza, Allahyarham mengalami kekejangan pada awal Rabu.

 Anak-anak datang melawat Allahyarham malam tadi di kediamannya. Bapa saya kelihatan stabil dan masih boleh berkomunikasi dengan anak-anaknya ketika kami datang melawat.
"Ayah sudah lama menghidap sakit tua," katanya.
Dilahirkan di Bangkok, Thailand, Latiff yang berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946 meninggalkan seorang balu, Fatimah Leman dan 16 orang anak.

Sepanjang hayatnya di dalam dunia seni, Allahyarham sangat sinonim dengan watak-watak antagonis dalam filem serta drama yang diterbitkan sejak 1960-an.

Latiff pernah melakonkan beberapa buah filem termasuk 'Dang Lenggang', 'Ribut di Hujung Senja' dan 'Anakku Suamiku". Antara produksi televisyen yang pernah dibintangi Latiff termasuk drama 13 episod berjudul, "Tekukur Tak Berbunyi Lagi".
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak sekitar jam 9 malam ini.

Latiff Borgiba selamat disemadikan
Allahyarham Latiff Borgiba disolatkan sebelum dikebumikan di Allahyarham Latiff Borgiba selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota di sini sekitar jam 10.05 malam tadi.

Sesungguhnya, semua yang hidup pasti akan mati, sama ada bersedia atau tidak pastinya yang hidup akan dipanggil Ilahi apabila sampai waktunya.

Petang tadi, sekitar jam 3 petang, negara kehilangan sebutir permata persada seni.
Pelakon veteran Latiff Borgiba menghembuskan nafas terakhir selepas menghidap sakit tua. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun di kediamannya di Setapak di ibu negara.


Ahli keluarga memberi penghormatan terakhir kepada jenazah allahyarham.
Ahli keluarga memberi penghormatan terakhir kepada jenazah allahyarham.

Dilahirkan di Bangkok, Thailand Pelakon veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenar Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah pada tahun 1946 meninggalkan seorang balu, Fatimah Leman dan 16 orang anak.
Allahyarham Latiff Borgiba selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota di sini sekitar jam 10.05 malam tadi.
Allahyarham Latiff Borgiba selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota di sini sekitar jam 10.05 malam tadi.

Sepanjang hayatnya di dalam dunia seni, Allahyarham sangat sinonim dengan watak-watak antagonis dalam filem serta drama yang diterbitkan sejak 1960-an. 

Pengarah dan pelakon terkenal S.Kadarisman antara individu yang cukup rapat dengan Allahyarham dan bertanggungjawab memberi nama komersial Latiff Borgiba kepada Allahyarham.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah